Monday, April 17, 2017

Urgh! Stress

Assalamualaikum dan hi!

Sebelum aku mula bercerita. Aku nak share something kepada korang. Ye. Special untuk korang je. Hahah.

https://bentdiadem.com

Klik je link ni dan ia akan bawa anda terus ke jalan yang lurus iaitu website yang aku nak share kepada korang. Hehe. Aku suka baca penulisan dia sebab dia buat aku berfikir. So, kalau korang rasa nak berfikir, baca lah. Hahah. Kk gurau je.

Sebab aku suka membaca dan aku paham perasaan orang yang suka membaca (hahah), aku nak share apps yang aku guna untuk membaca yang ada dalam smartphone aku ni. Jadi,  korang boleh lah install. 
Mempersembahkan... *drum rolls*

Wattpad dan Radish!

Wattpad

Radish
Okay. Tamat.

Jadi, stress atau tension? Ape beza dia? Aku tanya roommate aku,
"Awak, ape beza stress dan tension?"
"Ada beza ke? Stress tekanan kn? Tension pun tekanan"
"Takde beza eh?"
"Beza ejaan." *sambil angkat-angkat kening*
"Yelah awak..."
"Google lah.."
So, korang pun dah tau kan apa jawapannya. Google lah ape lagi.

Okay lah aku bagitau. Tahu korang malas kn. Heheh. Menurut kamus Oxford, 

Tension(n.): Mental or emotional strain.
‘a mind which is affected by stress or tension cannot think as clearly’


Stress(n.): A state of mental or emotional strain or tension resulting from adverse or demanding circumstances.
‘he's obviously under a lot of stress’

Stress boleh membawa kepada depression. (Kalau salah tolong betulkan.) Bahaya tau kalau dah sampai depression tu. Jadi, kalau korang stress, tunjukkan yang korang stress. Maksud aku bukan jadi gila depan orang. Tapi, luahkan. Luahkan tu tak semestinya kepada orang. Kadang-kadang kita perlu masa untuk diri sendiri, bersendirian untuk kita "tengok" diri kita balik. Buat apa-apa yang boleh buatkan korang lepaskan stress korang tu. Kalau korang rasa membaca boleh kurangkan stress korang, buatlah. Bukan baca buku ilmiah kot. Takut lagi stress nanti. Huhu. Novel lah kn. Baca buku dongeng pun boleh. Pinjam buku adik untuk berangan kejap. Hehe. Tak salah pun. Berangan itu percuma.

Aku kalau stress, aku lagi suka pendam. Bila aku stress, aku diam. Sebab dalam otak aku ni fikir macam-macam. Fikir macam mana nak selesaikan itu, ini, bila nak siapkan itu, ini. Kira aku merancang dalam fikiran aku untuk selesaikan masalah aku. Nampak macam okay kan sebab aku merancang. (Ke tak?) Tapi,   kesan dia tu, akan nampak pada hubungan aku dengan kawan-kawan. Dorang akan mula rasa macam aku tak suka kawan dengan dorang lah, makin menjauh dengan dorang lah, et cetera.. et cetera... Padahal tak pun. Jadi, korang kalau ada kawan jenis macam ni, tolang lah faham kami ni. Hahah. Kami perlu masa untuk bersendiri.

Lagi satu, kalau korang rasa masa stress tu, korang nak menjerit, nak koyakkan nota, nak makan banyak-banyak, nak berlari, nak menyanyi, nak tidur, lagi nak apa lagi.. ha. Buat je. Asal benda tu tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Macam bunuh diri, bunuh kawan, cederakan diri. Big no! Ini dah teruk. Sila jumpa pakar psikiatri. Lepas korang dah release stress, macam menjerit atau menyanyi kuat-kuat, sila minta maaf kepada roommate dan housemates anda ye. Sebab takut dorang pula yang stress nanti. Dan stress itu pun merebak dan berjangkit. Lol!

Eh! Kalau korang ade tips macam mana nak kurangkan stress, ada pendapat, nak betulkan kesalahan dalam post ni,  boleh komen. Boleh boleh boleh. Takde masalah. Kalau ada apps lain atau buku best yang korang nak share pun boleh.  πŸ˜

"To see the world, things dangerous to come to, to see behind walls,to
draw closer, to find each other and to feel. That is the purpose of
life." -Walter Mitty

Sunday, April 16, 2017

Random things

Assalamualaikum dan hi!

Post kali ni, adalah random. Aku akan bagi tahu tentang tips kecantikan, kesihatan, dan quotes yang aku jumpa.




Boleh cuba. Lebih-lebih lagi kalau anda pelajar.

Banyaknya lah jenis kasut. Pada aku semua kasut.

kasut lelaki pun banyak jenis jugak ye,  jangan nak mengata perempuan je. Hehe

siapa yang tak reti nak telah ubat, begini lah caranya.

Oh tidak! Aku suka minum coffee

Kalau nak cantik, nak kurus,  minum lah air masak/putih/mineral/minuman/sky juice.

Mata yang normal dan mata yang ada katarak.

Cara-cara untuk mengelakkan katarak.

Ini adalah visions orang yang ada katarak. 



Semua yang aku dapat ni adalah drpd twt_kesihatan dan twt_kecantikan. Boleh follow twitter ni. Banyak lagi tips menarik dan info berguna yang di kongsi. Jangan risau twt_kesihatan tu di handle oleh doktor-doktor yang bertauliah. Hahah. 

Okay. Itu je post kali ni. Maaf kalau terlalu simpleNext post, aku akan tulis pasal diploma di UPSI atau masa aku Latihan Praktikal di IPPT,  USM.

"Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."-Forest Gump

Thursday, April 13, 2017

Degree Life

Assalamualaikum dan hi! 

Untuk post kali ni, aku nak cerita pasal kehidupan degree di UPSI. Eh, seronok tau belajar kat UPSI ni sebenarnya. Selain pemandangan yang cantik, udaranya juga segar tau lebih-lebih lagi di Kampus Baru (Kampus Sultan Azlan Shah). UPSI ada banjaran titiwangsa. Kalau teringin nak tengok, datang lah ke UPSI. Atau boleh tengok gambar je. Heheh.

Yang belakang tu lah Banjaran Titiwangsa


Serious ni bukan fogging. Masa ni baru lepas hujan.

Tanjong Malim memang selalu hujan. Sebab tu kat sini, UPSI sejuk. Kalau malam lah. Kalau tengahari tu sure lah kan panas sebab ada matahari. Adeh. Tapi, kadang-kadang pun panas juga waktu malam. So, dia ada "mood" dia. πŸ˜„ 

Okay. So, masuk topik kita pasal kehidupan degree. (Lahh! Panjangnya intro!) Ye ye tau. Sabar ye. Nak masuk topik lah ni. Kihkih.

Dulu aku ambil diploma pun kat UPSI juga. Diploma Sains. Tapi, aku tak pernah hadir orientasi atau sesi suai kenal. Sebab pelajar rayuan masuk lambat. Lepas kawan-kawan lain dah orientasi baru pelajar-pelajar rayuan seperti aku ni masuk. Hehe. Jadi, ni pertama kali lah buat aku. 

Ada 2 orientasi. Satu universiti dan satu lagi untuk kolej. Penat sikit lah masa orientasi ni. Sebab kena bangun awal, tidur pula lambat. Untuk universiti, akan campur semua pelajar yang baru mendaftar. Pelajar akan dapat banyak maklumat mengenai peraturan-peraturan universiti, akademik,  kelab/persatuan/permainan yang boleh join, and  macam-macam lagi. Memang kena ambik tahu kalau tak nak hidup kat universiti ni jadi susah dan selalu "sesat". Bosan pun kena dengar juga. Jangan asyik main handphone je! (ehem ehem. Cakap kat diri sendiri ke tu.) 

Orientasi untuk kolej, bergantung kepada kolej. Kalau duduk di KUO,  sekejap je. 2 hari. Kalau stay di KHAR, 3 hari. Aku stay KUO. Dalam 2 hari tu, cuma aktiviti team building je. Dapat lah kenal pelajar fakulti atau program lain dan dari program yang sama. Cari kawan baru ke, time ni lah. Cukup jadi seaktif yang mungkin dan bukan hyperactive sebab nanti takut pulak orang nak berkawan.

First impression tu penting!

Ini lah kolej (legoland) di Kampus Baru. 
Lepas dah habis seminggu untuk sesi suai kenal, mulalah kuliah. Ada 14 minggu semuanya. Untuk minggu pertama, hanya perkenalan. Pensyarah bagi tahu tentang kursus yang korang ambil, sepanjang 14 minggu apa je topik yang akan belajar, berkaitan kuiz,  test semua tu lah. Nota kuliah akan diberi. Jangan gelabah dulu. Samada akan di upload atau kena beli buku. Atas pensyarah tu sendiri.

Kalau nak dibandingkan zaman diploma dan degree ni, degree lagi penat dan mencabar. Serious. Nak tau sebab apa? Sebab... kena cari kawan baru..  ): hee~ gurau. Tak lah. Tu okay je. Bagi aku lah. Tak tau bagi orang lain. Lepastu, kena lebih independent. Yeah. Sampai bila nak bergantung dengan orang lain kan? Huhu. Bergantung dengan orang lain dan minta tolong itu berbeza ye. Terima kasih. (:

Lagi satu, kalau tak tahu apa-apa, tanya je. Jangan malu. Mana tahu tiba-tiba orang yang kau tanya tu jodoh kau ke. Haa. Cepat sikit datang jodoh. Kk gurau je. Maaf. Hee~ Sebabnya, kan malu bertanya tu sesat jalan. Dan. Dan. Dan. Kena peka sentiasa. Peka tau bukan pekak. (Alamak! ayat clichΓ©. πŸ˜…)

Hidup kat universiti ni kena berjimat cermat. Sebab banyak guna duit untuk nota kuliah, makan. Tu belum lagi nak buat baju kelas lah apa lah. Yuran untuk program-program lah. Jadi, cuba jangan bazirkan dengan sesuka hati. Lebih-lebih lagi masa duit PTPTN masuk. Wah! Masing-masing muka berseri-seri, senyum lebar beratur pergi ATM. Tapi, sebulan kemudian,  keluar ATM dengan muka berkerut. Okay. Faham dah. Jangan tegur dia masa tu kalau tak nak jadi mangsa kekacauan emosi dia. Huhu. Gurau je lah. Kalau dia tu kawan kau, tolong lah dia. Kesian dia. Tolong nasihat dia supaya berjimat cermat. Kahkah.

Aku tak ambil PTPTN. Jadi, parents aku yang bagi duit tiap-tiap bulan. Tak banyak pun sebulan aku dapat. Cukup-cukup untuk duit makan sebulan je lah kan. Bila ada kena bayar duit baju atau duit program, duit aku dah tak cukup lah. Haha. Jadi, aku tengah usaha untuk...

diet? Hm. Tak tak. Aku tak boleh diet. Aku suka makan. Haha. Aku nak buat macam catatan duit aku keluar pergi mana. Mana lah tahu dia tiba-tiba sampai ke Penang pula ke. Eh? Jauh nya dia pergi. Huhu. Nak cuba tengok dalam sebulan ni je. Sebab lepas tu, aku dah boleh angarkan sendiri duit tu. Aku kalau dapat duit baru, atau duit RM1 yang lama tu, yang kertas tapi dia masih elok. Aku simpan sebab sayang nak guna. Sebab dia cantik. Aku simpan tu kira menabung lah. Hahah. Duit RM1 tu aku lipat buat origami. Jadi aku tak guna lah kan duit tu. So, macam tu lah cara aku menabung. πŸ˜…πŸ˜„ Maaf lah kalau pelik. Jangan ikut kalau rasa tak sesuai atau pelik.

Antara RM1 yang dah jadi mangsa.

Untuk simpanan masa "sesak" nanti.

Wah! Macam panjang je post kali ni. Huhu. Maaf lah. Kalau bercerita memang tak tau berhenti dah. Kalau ada pertanyaan atau cadangan boleh komen, okay?

Sampai sini sahaja lah ye. Aku undur diri dulu. Lab report tengah cemburu nak minta perhatian dah ni. Huhu.

Adios~

"The journey is what brings us happiness not the destination."-anonymous


Tuesday, April 11, 2017

Heyy!

Assalamulaikum and hi!

So, ni adalah post aku yang pertama dan mungkin.. blog aku yang pertama? πŸ˜…

Kenapa eh aku buat blog ni? Hm, blog ni wujud sebab ini merupakan salah satu assignment kursus Kompentasi Teknologi dan Maklumat (MTE 3012) aku untuk sem 1 ni.

Okay. Back to the topic.

Untuk yang first ni.. macam biasa lah kan, perkenalkan diri dulu. Nama diberi... okay. Stop. Tukar ayat. Hahah.

Nama dalam i/c, Kamilia binti Salehuddin. Kawan-kawan panggil aku kamy.

Sini banyak nyamuk! Lokasi: sebelah Muzium, Kampus Lama.

Umur, 21 tahun. Oh! 11 April adalah birthday aku. Kawan aku cakap dan aku quote, "Yeyy..kamy turns 2ne1" dan dia yan terlebih excited sebab sepanjang hari ucap "Happy Birthday" kat aku bila jumpa setiap kali kelas. Tak pasti kenapa dia yang gembira sangat. huhu. 


Tahun ni dapat kek. Yeyy πŸ™Œ
Aku orang Selangor. Yup. Dekat je daripada Tanjong Malim. Aku study di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI dalam program ISMP BIOLOGI. Ye.. betul lah tu, InshaAllah aku adalah bakal cikgu biologi. Tak percaya? Aku sendiri pun susah nak percaya. πŸ˜…

Field trip di Cameron Highland
Aku ada 8 orang adik beradik perempuan dan seorang lelaki dalam family aku iaitu, ayah aku.. Kesian abah mesti sunyi dan pening kepala dengan kami yang 8 orang ni. hehe..

Erm.. Lagi nak tahu ape? Cukup dah kot ni. Hehe. Tak boleh tahu banyak sangat. (padahal atas tu banyak dah aku bagitahu pasal diri aku. Kah!) Tapi, boleh (tolong) comment di bawah kalau ade soalan. ☺

Setakat ni je lah perkenalan kita. Boleh follow blog aku. Aku tak halang pun. Serious. Just harap sudi baca je aku punya bebelan ni. 😁


"Sometimes drowning in your thoughts can give you a sense of clarity" -mae