Monday, April 17, 2017

Urgh! Stress

Assalamualaikum dan hi!

Sebelum aku mula bercerita. Aku nak share something kepada korang. Ye. Special untuk korang je. Hahah.

https://bentdiadem.com

Klik je link ni dan ia akan bawa anda terus ke jalan yang lurus iaitu website yang aku nak share kepada korang. Hehe. Aku suka baca penulisan dia sebab dia buat aku berfikir. So, kalau korang rasa nak berfikir, baca lah. Hahah. Kk gurau je.

Sebab aku suka membaca dan aku paham perasaan orang yang suka membaca (hahah), aku nak share apps yang aku guna untuk membaca yang ada dalam smartphone aku ni. Jadi,  korang boleh lah install. 
Mempersembahkan... *drum rolls*

Wattpad dan Radish!

Wattpad

Radish
Okay. Tamat.

Jadi, stress atau tension? Ape beza dia? Aku tanya roommate aku,
"Awak, ape beza stress dan tension?"
"Ada beza ke? Stress tekanan kn? Tension pun tekanan"
"Takde beza eh?"
"Beza ejaan." *sambil angkat-angkat kening*
"Yelah awak..."
"Google lah.."
So, korang pun dah tau kan apa jawapannya. Google lah ape lagi.

Okay lah aku bagitau. Tahu korang malas kn. Heheh. Menurut kamus Oxford, 

Tension(n.): Mental or emotional strain.
‘a mind which is affected by stress or tension cannot think as clearly’


Stress(n.): A state of mental or emotional strain or tension resulting from adverse or demanding circumstances.
‘he's obviously under a lot of stress’

Stress boleh membawa kepada depression. (Kalau salah tolong betulkan.) Bahaya tau kalau dah sampai depression tu. Jadi, kalau korang stress, tunjukkan yang korang stress. Maksud aku bukan jadi gila depan orang. Tapi, luahkan. Luahkan tu tak semestinya kepada orang. Kadang-kadang kita perlu masa untuk diri sendiri, bersendirian untuk kita "tengok" diri kita balik. Buat apa-apa yang boleh buatkan korang lepaskan stress korang tu. Kalau korang rasa membaca boleh kurangkan stress korang, buatlah. Bukan baca buku ilmiah kot. Takut lagi stress nanti. Huhu. Novel lah kn. Baca buku dongeng pun boleh. Pinjam buku adik untuk berangan kejap. Hehe. Tak salah pun. Berangan itu percuma.

Aku kalau stress, aku lagi suka pendam. Bila aku stress, aku diam. Sebab dalam otak aku ni fikir macam-macam. Fikir macam mana nak selesaikan itu, ini, bila nak siapkan itu, ini. Kira aku merancang dalam fikiran aku untuk selesaikan masalah aku. Nampak macam okay kan sebab aku merancang. (Ke tak?) Tapi,   kesan dia tu, akan nampak pada hubungan aku dengan kawan-kawan. Dorang akan mula rasa macam aku tak suka kawan dengan dorang lah, makin menjauh dengan dorang lah, et cetera.. et cetera... Padahal tak pun. Jadi, korang kalau ada kawan jenis macam ni, tolang lah faham kami ni. Hahah. Kami perlu masa untuk bersendiri.

Lagi satu, kalau korang rasa masa stress tu, korang nak menjerit, nak koyakkan nota, nak makan banyak-banyak, nak berlari, nak menyanyi, nak tidur, lagi nak apa lagi.. ha. Buat je. Asal benda tu tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Macam bunuh diri, bunuh kawan, cederakan diri. Big no! Ini dah teruk. Sila jumpa pakar psikiatri. Lepas korang dah release stress, macam menjerit atau menyanyi kuat-kuat, sila minta maaf kepada roommate dan housemates anda ye. Sebab takut dorang pula yang stress nanti. Dan stress itu pun merebak dan berjangkit. Lol!

Eh! Kalau korang ade tips macam mana nak kurangkan stress, ada pendapat, nak betulkan kesalahan dalam post ni,  boleh komen. Boleh boleh boleh. Takde masalah. Kalau ada apps lain atau buku best yang korang nak share pun boleh.  😁

"To see the world, things dangerous to come to, to see behind walls,to
draw closer, to find each other and to feel. That is the purpose of
life." -Walter Mitty

No comments:

Post a Comment